Keluarga saya di IPGKTI
Saya adalah salah seorang pelajar yang bertuah kerana terpilih sebagai seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim. Seperti yang tertera dalam gambar, mereka adalah rakan sekelas iaitu kelas BM4 juga merangkap sebagai keluarga baru saya di institusi ini. Saya berasa bangga kerana mempunyai rakan daripada kaum India. Mereka adalah rakan india yang buat pertama kalinya dalam hidup saya. Maklumlah sebelum ini, saya hanyalah bersekolah di sekolah Melayu yang tidak bercampur kaum. Namun begitu, rakan-rakan Melayu saya juga adalah daripada golongan yang baik-baik belaka. Mereka sangat “sporting” dan saya berasa senang hati untuk berkawan dengan mereka. Bak kata orang melayu zaman sekarang “masuk air”. Haaaa gitew. Alhamdulillah, buat masa sekarang kami dapat menyesuaikan diri sesama sendiri serta dengan keadaan sekeliling.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan